comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Janda anak satu dihukum 6 sebatan berkhalwat kali kedua 

 


KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman 6 sebatan terhadap seorang janda anak satu selepas didapati bersalah berkhalwat kali kedua dengan suami orang, 31 Januari lalu.

Nurfifi Amira Nawi, 37 tahun, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Rosdi Harun, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(B) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2001 kerana berkhalwat.

Mengikut pertuduhan, Nurfifi melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kuala Kemaman, pada 31 Januari 2024, jam 3.15 petang.

Ketika serbuan dilakukan, pintu utama dan tingkap tertutup rapat dan berkunci.

Pihak berkuasa mengetuk pintu dan memberi salam sejurus itu pintu itu dibuka oleh seorang lelaki.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah mendapati, tertuduh sedang berdiri di hadapan pintu bilik kedua rumah dan siasatan lanjut mendapati kedua-duanya bukan mahram.

Sebelum ini tertuduh pernah dicekup atas kesalahan yang sama dan dihukum denda sebanyak RM3,000.

Sementara itu pasangan tertuduh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kemaman, pada 23 April depan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang selepas hukuman dijatuhkan.

Untuk rekod, kes sebatan ke atas pesalah khalawat hari ini merupakan kes pertama di Terengganu yang melibatkan pesalah khalwat perempuan mengikut pindaan undang-undang kesalahan jenayah takzir Terengganu pindaan 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini