comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Jho Low gelar Najib OP singkatan Optimus Prime – saksi

Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi prosiding kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

KUALA LUMPUR: Watak dalam filem aksi ‘Transformers’, Optimus Prime, digunakan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek atau Jho Low, untuk merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Gelaran itu digunakan Jho Low melalui singkatan OP ketika bertukar-tukar pesanan ringkas Blackberry dengan bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu, melalui urusan akaun bank semasa peribadi Najib.

Joanna yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, pada sesi pemeriksaan utama, berkata Jho Low memberitahunya OP adalah singkatan kod nama Optimus Prime bagi Najib.

Saksi ketika itu dirujuk dengan dokumen perbualan Blackberry antara beliau dan Jho Low berhubung akaun bank peribadi Najib.

Sri Ram: Siapa OP?

Joanna: Jho Low cakap Optimus Prime, kod nama untuk Najib.

Sri Ram: Adakah kamu meragui siapa OP?

Joanna: Tidak

Sri Ram: Dalam fikiran kamu siapa OP?

Joanna: Najib

Pendedahan saksi ke-41 pendakwaan itu mengulangi keterangannya pada Ogos 2019 ketika memberikan keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam perbualan Blacberry itu, Jho Low memberitahu Joanna bahawa OP mungkin akan menutup akaun pada Disember.

Joanna memberikan keterangan terhadap Najib yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini