comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Jiran bergaduh minta alihkan kenderaan mengaku bersalah, didenda RM700

Thew Gan Lee (tengah) mengaku bersalah manakala Teo Chit Keong (depan) mengaku tidak bersalah.

SEPANG: Peniaga warga emas, mengaku bersalah atas kesalahan bergaduh di tempat awam iaitu di Kampung Baru, Dengkil, 17 Februari lalu dan didenda RM700.

Seorang lagi tertuduh yang dihadapkan bersama-sama di Mahkamah Majistret Sepang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Thew Gan Lee, 60 tahun yang tidak diwakili peguam dijatuhkan hukuman denda RM700.

Manakala, pemandu lori, Teo Chit Keong, 44 tahun juga tidak diwakili peguam dibenarkan diikat jamin RM1,000 bersama seorang penjamin selepas permohonan perbicaraan diterima.

Kes didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Sebutan semula bagi kes 22 April depan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan pihaknya sudah mengambil keterangan 14 individu, 18 Februari lalu.

Penahanan itu membabitkan kedua belah pihak ahli keluarga yang terlibat dalam pergaduhan dipercayai berlaku akibat perselisihan faham selepas menegur jiran untuk mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan.

Kesemua mereka dibebaskan keesokan harinya dengan jaminan polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini