comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Jururawat rugi hampir RM90,000 angkara ‘scammer’

KUANTAN: Seorang jururawat kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan polis.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, wanita berusia 41 tahun dari Temerloh mendakwa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai NSRC pada pertengahan bulan ini.

Menurutnya, suspek memaklumkan akaun mangsa dikatakan dalam siasatan polis kerana digunakan oleh pihak sindiket.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan mangsa didakwa turut terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Untuk menyelesaikan kes, ‘pegawai polis’ menasihatkan mangsa supaya memindahkan wang ke akaun bank diberikan.

“Akibat terlalu takut, mangsa membuat 12 transaksi ke dalam tiga akaun bank yang keseluruhannya berjumlah RM88,70,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini