comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kantoi jumpa dadah, suami pukul isteri dengan penyapu

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan memukul isteri dengan penyapu.

Tertuduh, Ahmad Farhan Azmeer Harun, 33 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memukul isterinya yang juga pengadu, berusia 43 tahun, dengan sebatang penyapu.

Tertuduh bertindak demikian selepas mangsa menjumpai beg yang berisi barang terlarang dipercayai dadah yang disorok oleh tertuduh.

Kesalahan dilakukan pada 16 Mac jam, 6 petang di Kampung Kubang Tangga di Kuala Terengganu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000.

Sebutan semula kes pada  17 April 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini