comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung

LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April depan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan pegawai penyiasat kes ASP Suddin Tjinke agar tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan terhadap kesemua pelajar berusia 16 hingga 19 tahun itu.

Allahyarham Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama sebelum disahkan meninggal dunia.

Mereka ditahan pada 22 Mac lepas selepas Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di atas lantai bilik asrama di kolej vokasional di sini.

Semua remaja itu kemudiannya ditahan reman enam hari bermula 23 Mac lalu.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad dilaporkan berkata siasatan polis mendapati isu kehilangan wang dua pelajar, masing-masing berjumlah RM50 dan RM35, menjadi punca perselisihan faham sehingga mengakibatkan kematian mangsa yang dituduh mencuri. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini