Oleh: Nurul Amalina Zainudin & Siti Khadijah Jaafar
KUALA LUMPUR: Empat pertuduhan menyalahguna kedudukan bagi mendapatkan suapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah sah, dan tidak cacat.
Perkara itu diputuskan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika membacakan penghakiman Mahkamah Tinggi, di akhir kes pendakwaan.
Empat pertuduhan menyalahguna kedudukan bagi mendapatkan suapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah sah, dan tidak cacat. pic.twitter.com/B05e40eck3
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 30, 2024
Katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib tidak kabur dan bekas perdana menteri itu tidak dikelirukan serta tidak diprejudiskan berhubung kesalahan-kesalahan tersebut.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.