comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Kes Rasuah: Dua pegawai kanan agensi kerajaan disambung reman 

KOTA BHARU: Dua pegawai kanan agensi kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Mei lalu, disambung reman selama tiga hari lagi bermula esok.

Langkah menyambung reman itu dimohon oleh SPRM bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah.

Dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang ditahan SPRM pada 5 Mei lalu disambung reman selama tiga hari bermula esok, untuk membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah. – FOTO: NSTP

Mereka akan disambung reman sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Dua lagi pegawai kanan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tahanan reman terhadap mereka tamat hari ini.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Hakim, Nik Habri Muhamad di Mahkamah Sesyen di sini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini