MELAKA: Bekas ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah kerana membantu seorang ahli perniagaan berkaitan pengurniaan darjah kebesaran sebuah negeri, tahun lalu.
Perintah reman itu terhadap wanita berusia 42 tahun itu dikeluarkan bermula hari ini hingga 14 Oktober depan.
Menurut sumber, siasatan mendapati suspek meminta dan menerima rasuah daripada ahli perniagaan terbabit bagi mendapatkan pengurniaan ‘Datuk Seri’.
“Ada puluhan transaksi kemasukan wang ke dalam akaun milik suspek dari 2022 hingga tahun lalu.
“Suspek ditahan 3.45 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) SPRM 2009.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.