comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kita tunggu keputusan Mahkamah Tinggi – Peguam Da’i Syed

Da’i Syed (tengah) hadir bersama isteri untuk prosiding permohonan rayuan selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol, di Mahkamah Tinggi Jenayah 6 Shah Alam. – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan tarikh 5 November ini untuk pengurusan kes sementara menunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Seksyen dalam kes membabitkan pendakwah bebas, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau Da’i Syed.

Jumaat lalu, Syed diberikan penangguhan pelaksanaan dan dilepaskan dengan jaminan RM35,000 serta dua penjamin selepas 21 hari dipenjara sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat berkata, Syed dilepaskan bermula Jumaat lalu sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Maksudnya, kita kena tunggu keputusan Mahkamah Tinggi. Sekiranya anak guam saya tak bersalah, maka dia bebas.

“Kalau anak guam saya kekal dengan hukuman itu, kita ada satu lagi peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan dan kita akan minta penangguhan sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini