comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kontraktor mengaku bersalah tuduhan buat tuntutan palsu

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Seorang kontraktor mengaku bersalah atas pertuduhan pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu pada tahun 2019, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Ronie Maharudin, 47 mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya telah mengemukakan penyata CIMB Islamik Bank Berhad milik Kembar Mega Enterprise yang dipercayai sebagai dokumen palsu bagi bulan Oktober, November dan Disember 2018.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat E-Idaman Sendirian Berhad di Bandar Baru Stargate, Alor Setar pada 22 Februari 2019.

Pendakwaan dilakukan dibawah seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen 465 Kanun yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh berhadapan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Tertuduh dibenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan diperintahkan melapor diri di balai polis terdekat setiap 2 minggu selain tidak dibenarkan menganggu saksi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh pendengaran fakta kes dan menjatuhkan hukuman.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Fauzee Azizan manakla tertuduh diwakili peguam, Muhammad Farid Wajdi.

Loading...
Terkini