comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Laku amang seksual terhadap pelajar lelaki 11 tahun, penjual ais dipenjara 2 tahun 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang penjual ais dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di dalam tandas sebuah masjid, dua bulan lepas.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hadis Hashim, 38, serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh tangkap pada 4 April lepas.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal ke atas kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun lapan bulan semasa kejadian, dengan cara membuatkan mangsa menunjukkan kemaluannya kepada tertuduh di dalam tandas sebuah masjid di Taman Ikhsan di sini pada jam 3.30 petang, 4 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, mangsa merupakan pelajar sekolah agama di sebuah masjid telah pergi ke tandas selepas meminta izin daripada guru kelasnya dan semasa mangsa dalam perjalanan ke tandas, dia terserempak dengan tertuduh sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Mangsa memberitahu guru kelasnya mengenai kejadian itu sebelum laporan polis dibuat dan tertuduh akhirnya ditangkap oleh pihak polis.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini