comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki ada kaitan dengan GISBH didakwa di Mahkamah Putrajaya esok

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Putrajaya, esok.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pertuduhan terhadap lelaki terbabit dijangka akan dilakukan jam 8 pagi, esok.

“Satu kes pertuduhan terhadap seorang lelaki daripada Kumpulan GISBH mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan esok,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

Susulan kes itu, katanya, seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini