comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara di Genting Highlands

Foto hiasan

BENTONG: Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerja senegara, yang mayatnya ditemukan dalam plastik hitam di sebuah tapak pembinaan di Genting Highlands.

Ashraful Mia, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrul Molla, 44, di sebuah tapak pembinaan di Genting Highlands, antara 3 petang, 31 Mac hingga 8.30 pagi, 1 April.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nadhratun Naiem Zainan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes, bagi serahan laporan forensik dan kimia. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini