Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan
KLANG: Lelaki yang dipercayai di dalam video tular yang mendera kanak-kanak ketika di bawah jagaan salah sebuah rumah amal berkait syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) tiba di Mahkamah Sesyen Klang sebentar tadi.
Suspek tiba kira-kira jam 9.45 pagi.
Dia dijangka didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pendakwaan akan dijalankan pagi ini.
View this post on Instagram
16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera.
Polis mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang diselamatkan dan telah dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera tular di media sosial.
Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.