comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki dituduh bunuh anak kekasih berusia 1 tahun

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi berusia satu tahun pada Ogos lalu.

Tertuduh, S Nagendren, 34, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohd Farid.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Asma Amira Shahidani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Muhamad Hayder Mukhriz Abdul Fatah yang berusia setahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Ampang Jajar, Butterworth pada 23 Ogos hingga 26 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 6 Mac 2024 untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan bedah siasat.

Loading...
Terkini