Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki mengaku rempuh polis, sedar tindakan boleh sebabkan kematian

Muhamad Solehin dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. – FOTO: NSTP

BUTTERWORTH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merempuh anggota polis dalam kejadian berhampiran Pangsapuri Taman Seruling Emas di Nibong Tebal, bulan lalu.

Muhamad Solehin Abdul Azih, 31, didakwa di hadapan Hakim Nor Azah Kasran mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Solehin mengaku bersalah memandu kereta merempuh anggota polis, Amir Ilyas, 27, sekitar jam 4.26 pagi pada 26 November, dengan mengetahui tindakannya boleh menyebabkan kematian mangsa.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rafaie Mohamed Riyaludin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk penjatuhan hukuman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini