comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki mengaku salah cubaan bunuh dua anak saudara

Tertuduh, Mohammad Azmin Hamanullah ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town, hari ini.

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan cubaan membunuh dua anak saudaranya yang berusia 44 hari dan tiga tahun, pada 2 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohammad Azmin Hamanullah, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Artikel berkaitan: Bayi 40 hari dan kakak yang dihempas dan dicampak bapa saudara kini stabil

Bagi pertuduhan pertama, Mohammad Azmin dituduh dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang bayi perempuan berusia 44 hari di Flat Nusantara, Jalan Makloom, di sini, kira-kira jam 3 petang, 2 Ogos lalu.

Dia juga didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan sama ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di lokasi dan tarikh sama.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut peruntukan sama.

Artikel berkaitan: Bapa saudara bogel hempas bayi, campak kanak-kanak ditahan, didakwa alami gangguan mental

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan  denda.

Sementara itu, Hakim mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak dan tidak dibenarkan diikat jamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 September depan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan patah kaki kiri dan cedera pada mulut akibat dicampak suspek dari tingkat satu rumah flat, manakala adik kanak-kanak perempuan itu yang berusia 44 hari turut dihempas ke lantai.

Loading...
Terkini