comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki Thailand didakwa edar dadah di Jeti Kuah

FOTO: NSTP

LANGKAWI: Seorang lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyeludup pil Methamphetamine di sini, bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan ke atas Wirasak Tialek, 41, dibacakan di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine di Terminal Feri Langkawi antara jam 2.30 hingga 2.40 petang, 6 Mac lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjarakan seumur hidup berserta sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Normaliza Mat Isa, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini