comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki tikam isteri didakwa di mahkamah

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Seorang penjaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah di sini hari ini atas menyebabkan kecederaan terhadap isterinya sehingga menyebabkan kematian.

Tertuduh Wong Choon Foo, 56 didakwa melakukan kesalahan itu di No 282, Laluan Simee 11, Kampung Simee di antara jam 8.30 pagi sehingga jam 9 pagi, Rabu lalu.

Tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Yew Mee Foong, 48.

Pendakwaan dilakukan dibawah Seskyen 302 Kanun Keseksaan dan tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh.

Tertuduh juga tidak ditawarkan jaminan.

Majistret, S.Punitha menetapkan 19 Ogos depan untuk serahan laporan kimia.

Sebelum ini, media melaporkan berlaku pertengkaran antara tertuduh dan mangsa, yang turut disaksikan anak perempuan pasangan itu berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataannya berkata, mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman di bahagian dada dan kecederaan di bahagian kepala.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini