comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki warga emas didakwa cabul cucu saudara di bilik hotel

 

Foto hiasan

MELAKA: Seorang lelaki warga emas dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan cucu saudaranya di sebuah hotel di Taman Kota Laksama pada tahun lalu.

Tertuduh berusia 62 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan dan diterangkan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding didengar Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun dengan niat mencabul kehormatannya semasa berada di bilik sebuah hotel di Taman Kota Laksamana, Seksyen 2, dalam daerah Melaka Tengah, pada 28 Januari 2023, kira-kira jam 8 malam.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan dalam apa juga kaedah sehingga perbicaraan selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan paling minimum atas alasan dia seorang persara dan kini tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan dia dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwaan.

“Sekiranya tertuduh ingkar, jaminan akan terbatal dan dia diletakkan dalam reman sehingga perbicaraan selesai,” kata Nabilah.

Kes ditetapkan untuk sebutan bagi lantikan peguam pada 11 Julai depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini