comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lesen memandu ‘gerenti lulus’: Pembantu tadbir kanan PBT direman lima hari

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang wanita bekerja sebagai pembantu tadbir kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang calon ujian memandu.

Menurut sumber, wanita berkenaan yang berusia lingkungan 40-an dan bekerja secara sambilan di sebuah sekolah memandu milik bapa mentuanya di Petaling Jaya telah meminta wang berjumlah RM650 daripada salah seorang calon ujian memandu sebagai dorongan bagi mendapatkan lesen ‘gerenti lulus’.

Susulan itu, suspek kini direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 6 Februari depan selepas Majistret Nur Faizah Abdul Sani membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan suspek ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Selangor petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini