comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lima lelaki dipenjara 36 tahun kerana membunuh

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Lima termasuk dua pasangan adik beradik dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian, 7 tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, Mohd Hafify Mat Nawi 31; dan adiknya Mohd Uwais, 29, tahun.

Hukuman yang sama turut dijatuhkan terhadap pasangan adik beradik Mohd Rizalman Awang 34; dan Zahaman Fairol Awang, 37 tahun.

Turut disabitkan bersalah ialah rakan mereka Aizz Amidie Aziz, 30 tahun.

Hakim menjatuhkan hukuman tersebut setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, dua pasangan adik beradik itu bersama seorang rakannya didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, tahun.

Perbuatan dilakukan di Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut antara 4.40 hingga 5.15 petang pada 21 Jun 2017.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan ke semua tertuduh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini