comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Liwat kanak-kanak 12 tahun, buruh dipenjara 14 tahun dan 2 sebatan

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengekalkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang buruh atas dua kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabiii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan hukuman dua sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 377B Akta Keseksaan terhadap Mohd Syafiq Farhan Saibi, 26 tahun.

Manakala mahkamah membebas dan melepaskan tertuduh dari dua lagi pertuduhan meliwat mangsa sama mengikut Seksyen 377C akta sama.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kanak-kanak lelaki yang ketika kejadian berusia 12 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Wakaf Tapai, Marang pada 20 Januari 2020 dan 1 Februari 2020.

15 Mac tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 4 sebatan bagi dua pertuduhan seks di luar tabie mengikut Seksyen 377B Akta Keseksaan.

Bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 377C akta sama pula, tertuduh dihukum penjara 20  tahun dan 4  sebatan .

Mengikut fakta kes, Mohd. Syafiq Farhan berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi wechat.

Loading...
Terkini