Tumpuan :
Mahkamah

Mahkamah perintah polis lengkapkan siasatan Teoh Beng Hock dalam 6 bulan

Kakak mendiang Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan (kiri) hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan permohonan semakan kehakiman ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock bagi perintah mahkamah supaya PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock dalam masa enam bulan.

Beng Hock ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini hakim Mahkamah Rayuan) membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh ibu bapa mendiang.

Ketika kejadian, mendiang adalah Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini