comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mahkamah tolak permohonan Guan Eng, isteri & ahli perniagaan batal tuduhan rasuah 

GEORGE TOWN: Permohonan Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koon untuk membatalkan pertuduan rasuah membabitkan projek asrama bernilai RM11.6 juta, ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Justeru menurut Pesuruhjaya Kehakiman, Rofiah Mohamad, perbicaraan kes itu akan diteruskan memandangkan terdapat perbezaan ketara dalam kesalahan yang didakwa berlaku melibatkan individu yang berbeza.

“Dalam penelitian mahkamah walaupun setelah 25 saksi telah dipanggil namun tiada sebarang dapatan oleh mahkamah berdasarkan keterangan saksi tersebut atau terdapat fakta terbukti melalui perbicaraan tersebut.

“Pada masa yang sama kalau pun dikatakan budi bicara sebagai tidak mutlak bagi mencabar keputusan dibuat oleh AG (Peguam Negara) harus dibuat melalui penilaian semula kehakiman bukan permohonan di sini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau menetapkan 26 Julai 2024 sebagai tarikh pengurusan kes.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini