comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mahkamah tolak permohonan ikat jamin kes bunuh pelajar kolej vokasional

 

Foto: NSTP

TAWAU: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan tujuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu untuk dibebaskan dengan jaminan atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, 22 Mac lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol, membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan dikemukakan peguam Datuk Ram Singh yang mewakili semua tertuduh pagi ini.

Mereka dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada jam 9 malam 21 Mac hingga jam 7.38 pagi 22 Mac lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 2 April lalu, 13 remaja didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional.

Mereka berusia 16 hingga 19 tahun dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian.

Semua remaja lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini