comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Minta rasuah RM95,000: Pemilik Syarikat Teksi Berpangkat Datuk Bakal Didakwa

Seorang pemilik syarikat teksi berpangkat Datuk bakal dituduh di mahkamah atas dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu kononnya bagi membantu menyelesaikan kes rasuah yang sedang dibicarakan, esok.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu telah meminta rasuah berjumlah RM95,000 daripada seorang individu yang kesnya sedang dibicarakan di peringkat Mahkamah Rayuan.

“Suspek meminta wang itu kononnya untuk dibayar kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai di Pejabat Peguam Negara yang menjalankan kes berkenaan.

“Daripada jumlah yang diminta itu, suspek dipercayai telah menerima RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, kemudian suspek meminta lagi RM35,000 dan menerimanya secara tunai,” katanya.

Difahamkan, suspek akan didakwa dengan beberapa pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (4 Ogos 2021) seterusnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis (5 Ogos 2021).

Jelas sumber itu, suspek akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini