comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mohd Ya’cob dijemput ahli keluarga petang tadi

Foto: NSTP

KAJANG: Bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati yang selesai menjalani hukuman penjara 33 tahun atas kesalahan membunuh penyanyi 90-an, Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie, dilihat keluar dari Penjara Kajang pada jam 6 petang tadi.

Difahamkan Mohd Ya’cob menaiki pacuan empat roda dan dijemput beberapa ahli keluarga di pekarangan penjara di sini, kira-kira jam 5 petang.

Pengamal media yang berkumpul di luar Penjara Kajang bagi menantikan pembebasan Mohd Ya’cob seawal jam 4 petang bagaimanapun gagal menemubual Mohd Ya’cob  kerana kenderaan dinaiki enggan berhenti.

Beberapa rakan Mohd Ya’cob juga dilihat hadir bagi memberi sokongan moral kepadanya.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Ya’cob dibebaskan dari Penjara Kajang, hari ini selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang disabitkan ke atasnya kepada penjara 33 tahun.

Sebelum ini, dia diperintah menjalani hukuman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 7 Ogos 2012 membenarkan petisyen rayuannya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini