comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Najib Fail Semakan Keputusan Mahkamah Persekutuan, Mohon Hukuman Ditangguhkan

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib yang memfailkan permohonan notis usul itu melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, memohon kebenaran untuk membuat semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu.

Menerusi permohonan itu, Najib memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

Secara alternatif, Ahli Parlimen Pekan itu memohon rayuan berkenaan didengar korum Mahkamah Persekutuan lain yang mengandungi tidak kurang daripada tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, turut memohon hukuman ke atasnya itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan.

Permohonan yang difailkan oleh disahkan peguam Najib, Rahmat Hazlan. – Berita Harian

Loading...
Terkini