comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Nasib Siti Bainun diketahui hari ini

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tiba di Kompleks Mahkamah di sini, jam 8.20 pagi bagi mengetahui nasibnya sama ada dilepaskan atau disabitkan kesalahan atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella.

Pada 9 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan lapan saksi dengan Siti Bainun sebagai saksi pembelaan pertama memberi keterangan pada prosiding bermula 26 Januari lalu.

Siti Bainun tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendengarkan keputusan akhir berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella. – FOTO: NSTP

Saksi lain memberi keterangan ialah pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai serta pegawai penemubual Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim dan Nor Aidil Farhab Johaizad.

Siti Bainun, 31, sepatutnya memberi keterangan membela diri pada 16 Januari lalu, namun prosiding ditangguhkan berikutan tiga peguamnya iaitu Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maarof dan Nur Ellena Mohamed Razif menarik diri daripada mewakilinya.

 

Siti Bainun tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendengarkan keputusan akhir berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella. – FOTO: NSTP

Prosiding membela diri itu bersambung keesokannya, namun dua lagi peguamnya iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil turut membuat keputusan menarik diri daripada mewakili Siti Bainun sekali gus menjadikan tertuduh tidak mempunyai peguam.

Pada 26 Januari lalu, Hakim, Izralizam Sanusi, mengarahkan Siti Bainun memberi keterangan membela diri walaupun wanita itu tidak diwakili peguam supaya tidak mengganggu perjalanan kes.

Bagaimanapun, pada 20 Februari lalu, Siti Bainun melantik semula Mohammad Farhan yang pernah mewakilinya semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Loading...
Terkini