comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Nelayan tak serik curi duit tabung dipenjara 3 bulan 

KUALA TERENGGANU: Padah tidak serik mencuri duit tabung masjid, seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu hari ini.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Kasyful Azim Harun, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri duit tabung surau di dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta di surau Kampung Bukit Depu di Kuala Terengganu jam 9.30 pagi pada 1 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 4 Jun lalu.

Untuk rekod, tertuduh turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes curi duit tabung masjid sebelum ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali

Manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sementara itu di Mahkamah berasingan, tertuduh turut dipenjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan mengambil dadah.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 C (1) (b) dan dibaca bersama Seksyen 38B ADB 1952.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di dalam badannya yang menjadi kesalahan ketiga pernah dilakukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini