comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Op Hire: 2 pengurus syarikat mengaku tidak bersalah berdepan 57 pertuduhan

KUCHING: Dua pengurus mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching terhadap 57 pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dua tahun lalu.

Kedua mereka membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di depan Hakim Mahkamah Seksyen Khas Rasuah, Steve Ritikos.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pertama, Desnee Hung Kah Yee yang merupakan wakil sebuah syarikat penyedia keselamatan berdepan 47 pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Desnee dituduh mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM23,500 kepada PERKESO berkaitan tuntutan elaun mobiliti program Insentif Pengambilan Pekerja (PENJANA).

Manakala tertuduh kedua, Mohamed Nazeer Kudpudeen, pengurus sebuah syarikat peruncitan pula berdepan 10 pertuduhan mengemukan tuntutan palsu kepada PERKESO berjumlah RM5,000 untuk program PENJANA pada 2021 lalu.

Hakim Steve Ritikos menetapkan tertuduh pertama diikat jamin sebnayak RM15,000, manakala tertuduh kedua dengan RM5,000.

Beliau turut menetapkan 1 November depan sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan bagi kedua-dua tertuduh terbabit.

Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan pendakwaan terbabit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini