comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Padah cabul anak rakan, buruh dipenjara 5 tahun, 2 sebatan

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah/ Zamri Ghani 

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak kenalannya.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh, 55 tahun, bersalah terhadap pertuduhan itu.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia lima tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebuah rumah di Kuala Terengganu  jam 7.00 malam pada 24 Disember 2019.

Dakwaan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Hakim mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkapan iaitu pada 28 Disember 2019.

Loading...
Terkini