Tumpuan :
Mahkamah

Pasangan suami isteri bebas dakwaan jual bini dan lacurkan diri

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu membebaskan dan melepaskan pasangan suami isteri atas tiga pertuduhan melacurkan serta menjadi bapa ayam kepada isterinya dan persediaan untuk melacurkan diri lima tahun lalu.

Hakim Syarie Hamidi Shafie menggugurkan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh, Ahmad Nizam A. Aziz, 38 tahun, dan isterinya, Nor Syuhada Abu Hassan, 37 tahun .

Sebelum ini, Ahmad Nizam didakwa mengikut Seksyen 27(1) dan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana melacurkan atau membiarkan isterinya melacurkan diri serta menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara isterinya dan lelaki lain.

Kesalahan dilakukan di sebuah bilik hotel di daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 8.40 malam pada 24 dan 25 Julai 2019.

Sementara itu, isterinya turut didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri di lokasi, waktu dan hari yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan pendakwa syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.

Manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam Fazru Anuar Yusof.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini