comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pasangan suspek bunuh ibu direman seminggu

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan pasangan suami isteri yang juga suspek kes pembunuhan seorang ibu berusia 74 tahun direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali berkuatkuasa hingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kedua-dua suspek berusia 34 tahun yang merupakan anak perempuan dan menantu mangsa kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah sambil diiringi polis pada 10.20 pagi tadi.

Semalam, kedua-dua mereka ditahan berhubung kematian seorang wanita mualaf berikutan penemuan kesan lebam pada muka dan luka pada jari kaki kiri mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi suspek mengaku telah memukul mangsa dengan tangan di sebuah rumah di Tambun Tulang namun tidak mengaku membunuhnya.

Suspek yang juga anak perempuan mangsa berusia 34 tahun tiba ke Mahkamah Majistret Kangar pada 10.20 pagi tadi dengan diringi pegawai polis

Pergaduhan itu dipercayai tercetus pada 9 pagi Rabu selepas pertengkaran dengan mangsa kerana dipercayai suspek sudah tidak tahan dan tertekan dengan karenah mangsa yang mengalami lumpuh sebelah kiri badan akibat strok.

Hasil proses bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa selain patah tiga tulang rusuk kiri.

Seorang lagi suspek, iaitu menantu berusia 34 tahun turut dibawa ke Mahkamah Majistret, disini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Punca kematian masih belum disahkan dan diklasifikasikan sebagai ‘pending laboratory analysis’ sementara menunggu keputusan makmal.

Perbuatan itu terbongkar pada 4.10 pagi semalam selepas Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.

Loading...
Terkini