comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pasukan Pembelaan Rosmah Akan Fail Rayuan

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan serentak dan denda RM970 juta.

Peguam Datuk Jagjit Singh berkata, rayuan akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah.

Sebentar tadi, Mahkamah Tinggi memerintahkan Datin Seri Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan meminta rasuah berjumlah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan peguam supaya hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan.

Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Loading...
Terkini