comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pegawai Kanan JHEAT berdepan 24 pertuduhan salah guna kuasa

KUALA TERENGGANU: Seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berdepan 24 pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Tertuduh, Ali Embong, 60 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mengikut pertuduhan, menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan borang permohonan servis, pembaikan dan mendapatkan bekalan untuk kenderaan jabatan kepada syarikat milik isterinya, Nor Mala Ngah iaitu pemilik Kerjasama Servis Trading, berjumlah RM24,267.

Mahkamah telah mengenakan jaminan bagi kesemua pertuduhan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap.

Tertuduh juga dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan, serta perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan arahan lapor diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Julai 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini