comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Peguam Kanan Rayu Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan Wakili Najib

Peguam kanan (QC) dari United Kingdom (UK), Jonathan Laidlaw.

KUALA LUMPUR: Peguam kanan (QC) dari United Kingdom (UK), Jonathan Laidlaw, merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Melalui notis rayuan difailkan pada 22 Ogos lalu, Laidlaw merayu keseluruhan keputusan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 21 Julai lalu, mengikut Seksyen 19 Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Perkara itu disahkan oleh peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee daripada Tetuan Shafee & Co.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International.

Pada 25 Januari lalu, Shafee & Co menyerahkan surat kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, mengenai hasrat Najib melantik QC untuk mewakilinya dalam rayuan akhir itu.

Alasan yang dikemukakan Najib ialah rayuan berkenaan membabitkan isu kompleks dan persoalan undang-undang yang rumit.

Pada 21 Julai lalu, Ahmad Kamal menolak permohonan Laidlaw atas alasan beliau gagal membuktikan memiliki kelayakan khas dan pengalaman untuk mengendalikan rayuan terbabit.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini