comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pekerja kedai tayar dipenjara dua bulan, gagal bayar hukuman denda miliki barangan curi

FOTO: NSTP

BATU PAHAT: Seorang pekerja kedai tayar terpaksa menjalani hukuman penjara selama dua bulan selepas gagal menjelaskan denda, apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM5,000.

Ang Sun Boon, 36, sebelum itu mengaku bersalah memiliki tujuh barang curi, selepas pertuduhan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa memiliki barang curi iaitu telefon bimbit, dan peralatan elektrik di sebuah rumah Taman Makmur, 13 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Kamarul Arifin Nordin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Loading...
Terkini