comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pelajar 17 tahun didakwa rogol, liwat kekasih 14 tahun

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan merogol dan meliwat kekasihnya dalam kejadian pada September 2023 dan Mac lalu.

Pengakuan itu dibuatnya di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah kosong di sini, antara jam 8 malam hingga 10 malam, 29 September 2023.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabitkan.

Bagi pertuduhan kedua, remaja itu didakwa meliwat mangsa di lokasi sama pada jam 2 petang, 9 Mac lalu,  dengan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Syahmi Yazid, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Ab Rahman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan.

Sebutan semula kes ditetapkan 7 Ogos depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini