comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pelukis pelan didakwa hina Islam

KUALA TERENGGANU: Seorang pelukis pelan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, kerana memuat naik kenyataan jelik menghina agama Islam.

Tertuduh, Muhammad Firdaus Embong, 39 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan akaun Facebooknya dan secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks bersifat jelik bertujuan menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu dilihat di Jabatan Hal Ehwal Agama Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jalan Sultan Mohamad, di Kuala Terengganu pada 10 pagi pada 15 Disember 2021.

Tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya.

21 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000.

Loading...
Terkini