comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pemandu lori ditahan bakar bendera parti

Tangkap layar video tular individu membakar bendera sebuah parti.

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah / Ezzuan Ahmad 

DUNGUN: Seorang pemandu lori berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki merosakkan bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek yang dipercayai positif dadah ditangkap di rumahnya di kampung Pasir Raja di Hulu Dungun hasil maklumat orang awam.

Penahanan suspek susulan tular sejak beberapa hari lalu di aplikasi media sosial Tiktok mengenai tindakan seorang lelaki dilihat sengaja membakar bendera sebuah parti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Satu laporan polis turut diterima semalam mengatakan seorang lelaki yang mungkin tidak siuman atau berada di bawah pengaruh dadah bertindak membakar bendera parti.

“Lokasi kejadian itu berlaku tepi jalan berhampiran persimpangan masuk ke Kampung Pasir Raja – Kuala Jengai dan susulan itu tangkapan telah dibuat pada jam 1.30 pagi tadi.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek merupakan orang yang sama terlibat dalam kes pembakaran bendera Jalur Gemilang dimana sebelum ini pihaknya ada menerima satu laporan membabitkan kes membakar bendera Malaysia dan suspek adalah individu yang sama”, katanya.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 435 kanun keseksaan.

Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

Loading...
Terkini