comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pemandu mabuk didenda RM3,800

MUAR: Seorang pekerja tapak binaan didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, Mei lalu.

Gan Chee Woei, 50, membuat pengakuan itu melalui pertuduhan pilihan yang dibaca jurubahasa mengikut Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, Gan yang masih bujang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol berlebihan di Jalan Pintasan Bakri, di sini, pada jam 12.10 tengah malam, 9 Mei lalu.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 dan juga boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,800 dan diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini