Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pembantu kedai didakwa rogol kekasih bawah umur

 

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat tuduhan merogol seorang remaja bawah umur.

Tertuduh, Muhammad Ikram Safwan Azmi, 26 tahun, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dibacakan dihadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Ikram Safwan didakwa merogol kekasihnya yang berumur 13 tahun lima bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di empat lokasi berasingan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus antara 28 Mac sehingga 22 April lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh dibenar diikat jamin sebanyak RM14,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 19 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Loading...
Terkini