comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pembantu snuker tampar, tarik rambut wanita didenda RM1,000



BATU PAHAT: Seorang pembantu kedai snuker mengaku b ersalah mencederakan wanita di sebuah pusat snuker di sini, 4 Mei lalu.

“Saya buat (tampar, tarik rambut) sebab dia tak bayar hutang RM300,” kata Nur Arina Aqilah Kelana, 20, ketika ditanya Majistret Suhaila Shafi’uddin punca dia bertindak sedemikian.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 22 tahun di pusat snuker di sini, 5.30 pagi.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara selama setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian tertuduh datang ke pusat snuker terbabit lalu menarik rambut, menampar pipi mangsa.

Pada masa sama, tertuduh juga menolak mangsa hingga jatuh selain turut merampas telefon bimbit wanita itu.

Susulan kejadian itu, mangsa yang cedera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dengan pengakuan salah tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 dan mengarahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini