comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pempengaruh TikTok direman 2 hari, ditahan polis ketika buat aksi ‘drift’

FOTO: PDRM

BALIK PULAU: Seorang pempengaruh TikTok direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan selepas ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, semalam.

Majistret, M Yegeshweriy membenarkan perintah reman itu dikeluarkan terhadap lelaki terbabit yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang, pagi tadi.

Perintah reman sama turut dikeluarkan terhadap 14 lelaki lain yang ditahan ketika operasi sama, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penahanan kumpulan lelaki terbabit.

Difahamkan, kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.

Malah pempengaruh yang mempunyai 1.5 juta pengikut di platform TikTok itu turut ditahan ketika melakukan aksi ‘drift’.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut menyita 14 motosikal serta sebuah kereta di lokasi kejadian.

Operasi itu membabitkan 53 pegawai dan anggota polis termasuk dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dan polis turut mengeluarkan 159 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini