comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penarik kereta kena jel 9 tahun, 2 sebatan samun kedai emas

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan terhadap seorang penarik kereta yang merompak sebuah kedai emas membabitkan kerugian hampir RM70,000.

Keputusan dibuat Hakim Nooriah Osman.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Arif Ramli, 34,dakwa merompak pelbagai barang kemas bernilai RM70,000 milik seorang lelaki berusia 38 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai emas di Dataran Austin Gong Badak, Kuala Nerus, jam  1 tengah hari pada 13 Julai 2015.

Hakim mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 23 Julai 2021. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini