comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penerbit filem kontroversi Mentega Terbang akan didakwa Rabu ini

PETALING JAYA: Filem indie yang mencetuskan kontroversi tahun lalu Mentega Terbang, penerbitnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Rabu ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) Tan Meng Kheng menerima saman bertarikh hari ini untuk menjawab pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Disember tahun lalu, Meng Kheng dan pengarah Khairi Anwar Jailani memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan kerajaan mengharamkan filem berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem itu pada 1 September tahun lalu, yang mana kedua-duanya mendakwa ia ‘tidak rasional’ kerana melanggar kebebasan bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ditayangkan menerusi platform penstriman, filem berdurasi 104 minit itu mengisahkan ‘konflik keagamaan’ yang dihadapi seorang remaja beragama Islam bernama Aisyah, yang mempelajari agama lain terutama dalam mencari jawapan kepada persoalan hidup selepas mati.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem itu terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Loading...
Terkini