comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penerbit TV didakwa terima suapan RM10,000

SHAH ALAM: Seorang penerbit sebuah stesen televisyen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhanan menerima suapan berjumlah RM10,000 pada tahun 2018.

Suhaila Md Zaini, 44 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, Suhaila sebagai penerbit rancangan menerima untuk dirinya suatu benda yang berharga iaitu wang berjumlah RM10,000 daripada seorang pemilik syarikat berusia 34 tahun menerusi akaun bank miliknya dengan tanpa balasan yang tertuduh ketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau sebagai penerbit rancangan di stesen televisyen terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Julai 2018 dan didakwa Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Gurmit Singh.

Pendakwaan menawarkan jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan passport kepada Mahkamah, melaporkan diri kepada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan serta tertuduh tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan yang dikemukan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes adalah pada 17 November ini.

Loading...
Terkini